"Pergilah sayang... Mama halalkan susu mama. Terima kasih Allah pinjamkan Rayyan selama 15 hari"




Artikel Terkait:





CelotehanAkhwat - "Pergilah sayang... Mama halalkan susu mama. Terima kasih Allah pinjamkan Rayyan selama 15 hari"

Berlinang airmata jernih ini kerana membaca Nurkilan insan yang bergelar ibu... Perginya insan mulia ini adalah ketentuanNya.Tetapi punca pemergiannya hanyalah penyebab sahaja...

Siapa yang tidak sayangkan anak??? tambah-tambah lagi apabila zuriat sulung yang diharapkan bakal menceriakan kehidupan alam rumah tangga...

Namun, ajal dan maut itu terletak pada kuasa Ilahi. Kisah sebak yang dikongsi oleh Siti Naqiah Fahmi ini mungkin akan membuatkan anda lebih berhati-hati apabila mahu melawat bayi yang baru dilahirkan...

Coretan kisahku (Siti Naqiah) dan suami...

23 November 2015 (Isnin)

“shah ar rayyan” inilah nama anak kami.. bayi yg comel seberat 2.65kg hasil perkongsian hidup aku dan suamiku.. x dapat aku bayangkan betapa gembira nya hatiku di saat melihat kehadiran bayi sulung ini di dalam diriku selama sembilan bulan.Mana taknya stiap kali scan, muka die sentiasa berpaling atau tutup muka.Betul la orang cakap kalo tengok muka baby,hilang sakit beranak.camtula perasaan aku ,rasa teruja melihat rayyan di sisiku.Bermulalah sesi berpantang di rumah mak ayahku di seremban.Mak dan ayah antara orang yg paling hepi melihat cucu mereka.Stiap kali mak balik keja,ade je barang dibelikan utk rayyan.Rayyan jarang menangis,stiap kali nak susu die akan memuncungkan mulutnya. Tidoku pun cukup sebab die jarang meragam.Baik anak mama....#$

4 Desember (jumaat)

Malam tu Rayyan batuk2 kerap dan nafas die laju.Aku x sedap hati lalu pergi ke KPJ. Sampai KPJ,doc ckp oksigen Rayyan lemah dan disebabkan KPJ tiada NiCU untuk kanak2,Rayyan terus dihantar ke hospital Tuanku Jaafar dengan ambulans.Pertama kali aku naik ambulans sambil memeluk rayyan.Luluh hati bila lihat rayyan bernafas dengan bantuan oksigen.Terasa dunia gelap gelita...#$

5 Disember (Sabtu)

-Rayyan dimasukkan NiCU untuk kanak2.Pagi2 lagi Aku dan suami pergi melihat rayyan di dalam incubator. Doktor benarkan kami memegang rayyan.Aku peluk,usap rambut dia,pegang tangan dan kaki dia. Menurut doktor anakku kena radang paru2.Setelah puas melihat dia dan memberikan dia susu,aku balik rumah sekejap untuk berehat.petang tu juga doktor call suamiku memberitahu rayyan dimasukkan ICU kerana kekurangan oksigen yg truk.Allah je yang tahu betapa sedihnya aku dan suamiku....#$

6-7 Disember (Ahad-Isnin)

-Doc memberitahu Rayyan semakin kritikal.Air tulang belakang rayyan diambil dan dihantar ke Sungai Buloh. X sanggup aku lihat tangan rayyan lebam2 kena cucuk.stiap kali aku panggel namanya,matanya memberi respon.”Rayyan,mama ngan papa dtg ne sayang”.air mata rayyan keluar bila melihat aku dan suami”.....#$

8 Disember (Selasa)

-Doc bertanya kepadaku sepanjang aku berpantang ada tak orang yg datang melawat demam,batuk2.Aku sendiri tidak pasti sebab ramai yang datang lihat rayyan. Doc cakap kemungkinan rayyan kena virus dari orang yg sakit melawat dia.Imun rayyan tidak kuat,dan dia semakin tenat sebab kurang oksigen.......#$

Kami redha dan pasrah.Malam tu aku dan suami berpeluang melihat dan bercakap dgn rayyan. Sambil usap kepalanya aku cakap “Rayyan sayang pergi ok.Allah da tunggu.Tunggu mama dan papa kat syurga tau.Mama x sanggup tgk rayyan camne lagi.mama tau rayyan kuat.cukupla sayang.Mama halalkan air susu mama”.Rayyan seakan mengerti memandang aku dan suami sambil menangis.die cuba mengeluarkan suara walaupun tesekat2.Aku cakap kat doktor “doc,thanks jaga rayyan,saya ade request,lepas ni kalo call suami saya,tolong jangan cakap datang segera lagi,just bagitau je Rayyan dah tak de.Kami ok.thanks suma jaga Rayyan dgn baik”....#$

Tak sampai 30 minit kat rumah,suamiku dpt call dari hospital mengatakan Rayyan dah kembali kepada Allah.Maafkan mama kerana selalu menangis sepanjang Rayyan kat hospital. Pergila sayang,tunggu mama dan papa.Rayyan slamat di kebumikan esoknya.Alhamdulillah rumah Rayyan dekat sangat dengan rumah atuk. Senang mama nak tengok Rayyan.Abah simpan semua barang Rayyan sebab taknak aku still teringat.pertama kali dalam hidupku melihat abahku menangis semasa Rayyan pergi.Abah cakap dekat kawanku “Rumah ne baru nak ceria tapi sunyi balik. Takpela pakcik redha.Allah sayang dia”.Malam tu aku tido bertemankan baju rayyan.Setiap pukul 2 pagi aku slalu terbangun sebab tu time Rayyan nak susu. Abah selalu nasihatku supaya kuat dan sabar.Masa mula2 Rayyan pergi,hidupku terasa kosong dan slalu termenung.Sedihnya berpantang tanpa Rayyan walaupun aku tau Rayyan dah hepi sekarang ne. Berkat sokongan dr mak,abah,family,kazen dan yg paling penting suamiku sendri,alhamdulillah aku pulih semangat selepas sebulan....#$

5 Februari 2016 (Jumaat)

-Hari yang paling kutunggu iaitu appointment dgn Dr Juliana,pakar kanak2.Menurutnya,Rayyan meninggal sebab virus adeno.Salah satu cara Virus Adeno terjadi daripada orang luar yg sakit2 semasa melawat dia.

Sebab tu kita tak digalakkan melawat baby bila tidak sihat (demam,selsema).Imun baby tidak sama macam orang dewasa. so,lepas ne kalo siapa2 sakit,tunggu sihat dulu baru pergi melawat. Tak pun tunggu abes pantang baru pegi melawat. Menurut doc lagi, elakkan dari kerap mencium baby sebab kita tak tau diri kita ade virus ke tak......@$

Kami redha dengan ketentuan Allah.Ajal dan maut di tangan-Nya.Rayyan insan terpilih..Sakit nie hanya penyebab saja sebab da tiba masa anak mama dan papa ne pergi.Pergilah sayang.Mama halalkan susu mama.Terima kasih Allah pinjamkan Rayyan slama 15 hari.Rumah Rayyan dekat je dengan rumah atuk tau.Senang mama dan papa nak tengok.Ketahuila sayang,stiap saat mama dan papa bernafas,mama x kan lupakan Rayyan yg pena hadir dalam perut mama dan juga dunia....@$

--Shah Ar Rayyan Bin Shah Affandi--
loading...

ADS

"Pergilah sayang... Mama halalkan susu mama. Terima kasih Allah pinjamkan Rayyan selama 15 hari"
4/ 5
Oleh